Photobucket

Wacana Guru Bimbingan & Kaunseling SABK SeMalaysia

.:Archives:.



Get free graphics at BlingyBlob.com!

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Biro Teknologi Maklumat,
d/a SAM Sg. Hj. Dorani,
Jalan Lama Kuala Selangor,
45300, Sungai Besar,
Selangor



Wacana Guru Bimbingan Dan Kanseling SeMalaysia ditubuhkan di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang . Menjadi platfom kepada semua guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia bertukar pendapat. Semoga semua pihak akan mendapat manfaatnya.


LAMAN UNIVERSITI

[iium university] [uum] [um] [upm] [unitar] [usm] [ukm] [mmu] [utm] [Sabah] [utp] [umtp.ums] [upsi] [umtp.ums]



<< June 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed


Wednesday, August 27, 2008
Salam Sejahtera

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di arena ini. Maaf kerana terlewat untuk mengupdate blog ini. Banyak program yang sedang berjalan. Antaranya penutupan Program Kecemerlangan Ilmu 2008 dan yang terbaru Program Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke 51 Kolaborasi antara SAM Sungai Haji Dorani dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Alhamdulillah dalam keripuhan menjalankan amanah, terselit sebuah rahmat yang tidak ternilai tingginya. Perkenalan singkat saya dengan seorang guru kaunseling yang cukup hebat telah memberikan banyak manfaat buat saya. Atas rasa keinsafan untuk melihat Kaunseling Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) berkembang maju seiring sekolah di arus perdana maka seorang insan warga pendidik yang bertugas di SMK Ideal Heights, Gombak, Selangor dengan bermurah hati telah menghadiahkan sebuah laman web untuk Kaunseling SABK. Malah beliau turut menyediakan email khas untuk Kaunseling SABK.

Rasa terharu tiba-tiba menyelubungi diri. Dalam kesibukan orang menceritakan tentang kedaifan SABK, wujud juga insan yang begitu prihatin terhadap kemajuan sekolah yang sedikit ketinggalan ini. Kami di Kaunseling SABK dengan rasa bertuahnya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Cikgu Fazli atas kesudiannya menderma laman web SABK secara percuma. Pengorbanan Cikgu Fazli amat kami hargai.

Dalam masa yang terdekat ini kemungkinan kaunseling SABK akan berpindah ke domain yang baru iaitu http://sabk.ekaunseling.net/

Sekiranya terdapat kemusykilan hantarkan email anda ke sabk@ekaunseling.net 

Kami sentiasa menanti anda.  


Posted at Wednesday, August 27, 2008 by lobam
Sila Komen  

Thursday, August 14, 2008
Jambori Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) Daerah Sabak Bernam

 

 

 

 

Sabak Bernam : Jambori Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 12 hingga 14 Ogos di Pusat Kokurikulum Sabak Bernam. Program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama SMKA Simpang Lima telah melibatkan seramai 127 orang peserta daripada 17 buah sekolah.

Antara program yang yang diadakan ialah lawatan ke Kolej Komuniti Sabak Bernam, Rumah Warisan, Muzium Daerah Sabak Bernam dan ditutup dengan program bina hubungan iaitu menyebarkan maklumat mengenai dadah kepada orang awam.


Posted at Thursday, August 14, 2008 by lobam
Sila Komen  

Tuesday, August 12, 2008
Perkongsian Bahan

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit bahan bimbingan dan kaunseling yang ada dalam simpanan saya.

Ini hanya sebahagian. Jika ada permintaan saya akan cuba penuhi insya-Allah.

Anda dijemput untuk mendownloadnya.

Sistem Fail Bimbingan Dan Kaunseling

Borang Laporan Bimbingan Dan Kaunseling ( L4 )

Power Point Gaya Bercinta

Inventori Gaya Bercinta

Borang Soalan Inventori Personaliti Warna

Borang Jawapan Inventori Personaliti Warna

Borang Interpret Inventori Personaliti Warna

 


Posted at Tuesday, August 12, 2008 by lobam
Sila Komen  

Sunday, August 10, 2008
Kenangan Bersama Guru Kaunseling SABK

Sesi Latihan Kaunseling

Lawatan Ke SMK Pokok Sena 

Hari Terakhir Kursus

 


Posted at Sunday, August 10, 2008 by lobam
Sila Komen  

Kursus pemantapan Profesionalisme Guru Bimibngan & Kaunseling Kebangsaan


Posted at Sunday, August 10, 2008 by lobam
Sila Komen  

Tuesday, August 05, 2008
Peranan Guru Kaunseling

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2.  Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru., pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang dan mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul , menyedia, mnyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksana aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, rnengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di intitusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program, dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi  luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli Jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mente sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

sumber http://www.geocities.com/sksungaiabong2001/Peranan.html



Posted at Tuesday, August 05, 2008 by lobam
Sila Komen  

Monday, August 04, 2008
Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum...

Selamat Datang Ke Wacana Guru Bimbingan Dan Kaunseling SeMalaysia.

Sedikit pengenalan mengenai Wacana Guru Bimbingan Dan Kaunseling SeMalaysia.

Ditubuhkan secara tidak rasmi pada 31 julai 2008 di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang bersempena dengan Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Sesi Ke Dua.

Memandangkan guru-guru bimbingan dan kaunseling SABK memerlukan sebuah platfom yang kuat untuk terus bergerak maka timbullah satu cadangan untuk mewaujudkan Wacana ini.

Antara matlamat wacana ini ialah untuk mengukuhkan hubungan ukhwah yang telah terbina antara guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia yang telah terjalin melalui Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan sesi pertama dan sesi kedua.

Wacana ini bergerak hanya melalui dalam talian ( online ) melalui 3 platfom iaitu yahoogroups, forum ( http://kaunselingsabk.coolforums.org/ ) dan melalui blog ini sendiri ( http://kaunselingsabk.blogdrive.com/ )

Mengapa Wacana?
Kami adalah merupakan persatuan yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Jadi untuk memudahkan perjalanan maka persatuan ini tidak perlu didaftarkan. Oleh itu kami memilih Wacana sebagai paltfom agar hubungan kami akan terus berkekalan tanpa ada sekatan daripada mana-mana pihak. Wacana ini diwujudkan hanya untuk ahli-ahli guru bimbingan dan kaunseling SABK yang terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling SABK sendiri untuk bertukar pendapat dan berkongsi bahan demi memantapkan profesion perguruan amnya dan bimbingan kaunseling khasnya.


Posted at Monday, August 04, 2008 by lobam
Sila Komen  

Don't buy Vista Security

.:Borak-Borak:.


   

.:Lain-Lain:.


Locations of visitors to this page

Free Hit Counters
Free Counter

.:Credits:.


.::atOiBoLaN 2004::.

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Blue Petals - atoi